[TOP 2023] Ayuh Sokong 5 Jenama F&B Kelahiran Malaysia!

Jenama buatan malaysia, bananabro malaysia, banana leaf rice, halal indian food, vegetarian dish
Facebook
Twitter
LinkedIn
Facebook
Twitter
LinkedIn
Author

Mencari jenama kelahiran Malaysia? Teruskan membaca!

Jangan terkejut kalau kami katakan yang Malaysia mempunyai barisan produk makanan yang berkualiti tinggi. Terdapat pelbagai restoran yang menjanjikan kepelbagaian dan juga mempamerkan rasa yang unik beserta sajian warisan negara ini. Dalam pada itu, apabila kita menyokong produk makanan dan restoran tempatan, kita tidak hanya menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara. Selain itu kita juga meraikan citarasa yang unik dan juga identiti budaya Malaysia. Dalam artikel ini kami akan kongsikan 5 jenama F&B tempatan yang akan membuatkan anda terkejut dan layak mendapat kunjungan segera.

Jadi kepada mereka yang merancang untuk menjamu selera, jom singgah!

The Chicken Rice Shop – Bukan Sekadar Nasi Ayam

Sumber: The Chicken Rice Shop

Peminat nasi ayam mesti tahu restoran ini kan? Terkenal dengan hidangan ikonik beserta citarasa yang memikat, Nasi Ayam Hainan, restoran ini telah bertapak lebih 20 tahun di Malaysia. Lama kan? Restoran ini menyediakan hidangan ayam empuk yang direbus atau dipanggang dan disajikan bersama nasi beraroma, sup, dan juga pelbagai sos. Boleh bayangkan tidak? Rekod ini telah membuktikan The Chicken Rice Shop menawarkan makanan yang sedap! Pada masa yang sama, The Chicken Rice Shop juga pengalaman yang tidak mudah dilupakan.

The Chicken Rice Shop menyediakan pelbagai hidangan lain yang menarik perhatian pengunjung. Sebagai contoh, restoran ini mempunyai pelbagai mee dan juga ‘side dish’ yang memberikan pilihan kepada setiap lapisan masyarakat.

Dibuka di kebanyakan pasaraya besar tumpuan di seluruh Malaysia, restoran ini menjadi tumpuan kepada para peminat sejati nasi ayam hainan. 

Paparich – Malaysian Delight

Sumber: Papparich

Merupakan sebuah rangkaian restoran berkonsepkan kopitiam yang mempunyai barisan makanan tempatan seperti roti bakar, nasi lemak dan kopi tradisional.. Pastinya tawaran ini membangkitkan selera semua. Rangkaian ini mempunyai lebih 60 cawangan di sekitar Malaysia dan mula beroperasi pada tahun 2005 lagi.

Ya betul, Papparich telah menjadi sebahagian industri yang berkhidmat selama lebih 30 tahun di Malaysia.

Kepada yang tidak tahu, kini Papparich telah melebarkan sayapnya ke luar negara juga seperti Australia, New Zealand, dan Taipei. Fakta itu sendiri merupakan satu pencapaian yang sangat membanggkan.

Tahniah Papparich, semoga kekal sukses!

Beryl’s Chocolate – Delicious Chocolate Delivered To You

Siapa suka coklat di sini – angkat tangan!

Kepada yang tidak tahu, ya betul Beryl’s Chocolate adalah produk buatan Malaysia bukan United Kingdom ya! Jenama ini sangat komited menghasilkan coklat artisan dengan menggunakan bahan berkualiti tinggi untuk menjamin rasa yang enak. Beryl’s chocolate menyediakan pelbagai produk coklat yang memikat sebagai contoh truffle, praline, dan juga bar coklat. Dikenali di serata dunia, syarikat yang luar biasa ini telah bertapak sejak tahun 1995 lagi dan kini mempunyai cawangan 15 cawangan di luar negara.

Oh adakah anda tahu yang and boleh melawat ke Musium Coklat Beryl’s? Beryl’s Chocolate Museum yang berpangkalan di Seri Kembangan, Selangor, dibuka untuk orang awam belajar dan menimba pengetahuan lebih lanjut tentang sejarah, cara pembuatan dan juga banyak lagi.

Klik link ini untuk info lebih lanjut

The Alley – It’s Time For Tea!

Fenomena bubble tea yang melanda Malaysia sekitar beberapa tahun yang lepas telah melahirkan jenama buatan gah buatan Malaysia – The Alley. Menjanjikan komitmen kepada kualiti yang tinggi, inovasi dan juga citarasa yang unik, jenama ini telah menambat hati peminat para pencinta minuman bubble tea di Malaysia.

Daripada pemerhatian, jenama ini sangat berdedikasi dengan menggunakan bahan mentah yang berkualiti tinggi daripada pembekal yang bertauliah demi menjanjikan pengalaman luar biasa kepada para pengunjung. Selain daripada itu, The Alley juga sangat komited dalam mengekalkan citarasa Malaysia dalam barisan menu mereka seperti Teh Tarik Susu dan juga Susu Gula Melaka yang sangat menyegarkan.

Pada masa ini, The Alley mempunyai lebih 20 cawangan di serata Malaysia jadi dengan itu jemput singgah ke The Alley ya!

BananaBro – It’s A Malaysian Thing!

Jenama Buatan Malaysia, BananaBro Berjaya Times Square

Kebanggaan Malaysia.

2 perkataan yang akan menggambarkan BananaBro – jenama buatan Malaysia yang pertama yang meletakkan fokus yang tinggi dalam industri Halal dan tidak lupa juga menyajikan hidangan asli Nasi Daun Pisang dengan resepi dari India Selatan. Selangkah anda ke cawangan BananaBro, anda akan disapa dengan aroma sajian yang memukau – di sinilah keajaiban bermula dan itu yang akan membuatkan ramai terpikat!

Pada masa sama, kami di BananaBro menyediakan barisan menu yang pelbagai. Antara yang menarik perhatian pengunjung ialah Nasi Daun Pisang, Chicken 65, Ayam Goreng Berempah, Sotong Celup Tepung dan juga pelbagai hidangan kari yang sangat enak di makan dengan nasi beserta cita rasa yang memikat.

Mesti ada yang bertanya, apa beza kami dengan restoran nasi daun pisang yang lain? Oh anda perlu cuba dahulu sebab kami sangat mengambil berat dalam proses penyediaan makanan dan gabungan rempah yang tepat dan resepi yang digunakan adalah original dari India Selatan yang digubah mengikut selera tempatan. Pastinya ia akan menjadi sebuah pengalaman yang sukar dilupakan.

Kami juga komited dengan menggunakan bahan mentah yang berkualiti tinggi sahaja untuk memastikan anda mendapat hidangan yang tidak boleh dilupakan.

Selain dari itu, kami juga meraikan kepelbagaian dengan menyediakan hidangan vegetarian, karya yang kami hasilkan khas kepada para pelanggan yang mengamalkan diet vegetarian. Kami ada pelbagai hidangan sayuran dan juga kari dhal yang tiada tandingannya! Sekali cuba, pasti nak lagi.

BananaBro mengekalkan tradisi hidangan menggunakan daun pisang bukan sahaja untuk mengekalkan keunikan hidangan malah kami menghormati tradisi berkongsi makanan cita rasa yang luar biasa selain mesra alam.

Cawangan BananaBro di Seluruh Malaysia

Suka untuk kami katakan, sokongan anda untuk kami di BananaBro adalah tanda sokongan dalam meraikan budaya dan tradisi Malaysia. Mempunyai lebih 35 cawangan di serata Malaysia, kami sentiasa bersedia untuk menyajikan hidangan enak untuk anda dan keluarga. Jadi, tunggu apa lagi? Cepat singgah ke cawangan BananaBro berdekatan dengan anda!

Anda juga boleh membuat tempahan meja terlebih dahulu dengan klik di link ini. Mudah, cepat dan tidak perlu beratur!

Rumusan – [TOP 2023] Ayuh Sokong 5 Jenama F&B Kelahiran Malaysia!

Akhir kalam, Malaysia mempunyai banyak produk dan jenama yang berkualiti tinggi yang memerlukan sokongan anda semua. Dari hidangan nasi ayam hainan di restoran The Chicken Rice Shop hingga ke hidangan beraroma Nasi Daun Pisang dengan pelbagai lauk yang enak di BananaBro, anda dapat menerokai keunikan citarasa Malaysia dan menghargai kepelbagaian warisan sajian negara ini.

Teruskan menyokong jenama buatan Malaysia dan jangan lupa, teruskan menyokong BananaBro!

Related posts:

Be the first to know.

The upcoming new outlets, latest deals, special occasion events, makan bersama sessions. We are against spams, unsubscribe anytime.